Art Fazil Menerbitkan Dua Album Serentak Ramadan Moon Juga Rembulan Ramadan


Rembulan Ramadan dan Ramadan Moon adalah dua buah album muzik yang sama tetapi tidak serupa. Kedua-dua album ini mempunyai lapan buah lagu dan bertemakan bulan Ramadan. Perbezaan pada album-album ini cumalah dari segi bahasa. Rembulan Ramadan dirakam di dalam Bahasa Melayu manakala album Ramadan Moon adalah versi Bahasa Inggerisnya.

Lagu-lagu di dalam album-album ini disusun untuk membawa pendengar melalui suatu perjalanan bulan Ramadan dengan lagulagu yang bersifatkan kerohanian. Diharapkan album ini akan menyemarakkan lagi persada muzik spiritual, sebagai suatu juadah halwa telinga untuk meraikan bulan Ramadan sama ada di dalam bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris. Album versi Bahasa Inggeris, Ramadan Moon diharap dapat meraikan Ramadan kali ini bersama mereka yang tidak berbahasa Melayu, terutamanya di kalangan mualaf yang baru mahu mengenali Ramadan dan juga anakanak yang sedang mempelajari tentang Ramadhan.


Kedua-dua album yang berkonsepkan 
Ramadan dan perjalanan Ramadan ini diakhiri dengan sebuah lagu berkenaan 1 Syawal di penghujungnya bagi melengkapkan pengalaman Ramadan.

Selain itu, istimewanya projek ini adalah ia merupakan album muzik pertama Art Fazil yang dihasilkan secara solo. Kali ini Art Fazil telah bereksperimentasi dengan memainkan setiap peralatan muzik untuk setiap lagu di dalam album-album ini seorang diri. Dari gitar akustik ke gitar elektrik, gitar bass dan kesemua alatan gendang dimainkan oleh Art Fazil sendiri. Tidak berhenti di situ, Art Fazil turut mencabar kebolehan dirinya dengan mempelajari dan menggunakan AI (Artificial Intelligence) untuk menghasilkan video muzik bagi lagu-lagu di dalam album ini.

Lagu-lagu Rembulan Ramadan dan Ramadan Moon boleh di dapati di pelbagai applikasi muzik atas talian. Ikuti akaun media sosial Art Fazil - Instagram, TIKTOK, FACEBOOK DAN YouTube untuk video-video muzik AI bersiri yang akan dikeluarkan sejurus sebelum dan di sepanjang bulan Ramadan 1445. 


Antara lagu-lagu didalam album Rembulan Ramadan;
1. Bulan Sabit Di Kaki Langit 
2. Seruan Sahur 
3. Lapar Dan Dahaga 
4. Ibar (Waktu Berbuka) 
5. Terawih (Indahkan Malam Ramadan) 
6. Tahajud (Waktu Berbisik-bisik) 
7. Malam Seribu Bulan 
8. Pada Satu Syawal 

Lagu-lagu didalam album Ramadan Moon;
1. Ramadan Moon Sighting 
2. The Sahur Call 
3. Hunger And Thirst 
4. Ibar Time 
5. Tarawih (Beautify Your Ramadan Nights) 
6. Tahajud (The Night Prayer) 
7. Laylatul Qadar (The Night of Power) 
8. The First Day of Syawal 

Post a Comment

0 Comments